Hello world!

30 Mar

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Budi Bahasa Budaya Kita

28 Nov

salam semua..

Kat sini aku nak kongsi la dengan korang,jam 12.30 tengah hari tadi ada satu insiden dengan pelanggan di cyber cafe tempat aku bekerja ni,berkait rapat juga la dengan tajuk entri ni.

Aku ringkaskan dengan dialog eh untuk tatapan korang

Ada sorang pelanggan bangsa India masuk ke kedai aku ni,guna untuk melayari internet,tepat pukul 2.30 petang dia habis guna komputer then nak bayar :-

Pelanggan : Berapa kene bayar ?

Aku : RM 4.00

Pelanggan : Hah,banyak mahal..apasal ?

Aku : Start guna pc dari pukul 12.30 pm- 2.30 pm ,so total
2 jam RM4.00

Pelanggan : 1 Jam berapa ? (sambil menengking aku)

Aku : RM2.00 sahaja

Pelanggan : Lu salah kira ke ? (tengking aku lagi)

Aku : Saya kira dah betul ni,kalau tak percaya boleh
tengok PC kat server ni.(sambil berkata di dalam hati
marah-marah lak India ni)

Pelanggan : Sekejap main komputer sudah 2 jam ke ?

Aku : ya,start guna pc pukul 12.30 tengah hari tadi

Pelanggan : Sapa you punya boss ?

Aku : nak buat apa panggil boss saya ?

Pelanggan : Aku nak jumpa boss ko ( pehhhh marah gila-gila dah
India ni )

Aku : Sekejap yer saya call boss (adeh sekali call boss aku tak
dapat lak)

Pelanggan : Apa cerita ? Lu mau kasi caj lebih ke apa !!! (tengking
aku habis-habisan )

Aku : Sekarang ni you sudah guna Internet selama 2 jam,so
saya kira satu jam RM2.00,jadi total RM4.00 la

Pelanggan : Lu jangan tipu-tipu ha,kalau tak saya report polis

Aku : Aik…cmni pun nak report polis ke ??? Saya sudah
layan u sebagai pelanggan dengan elok,tapi u marah
marah pula ( Aku rasa nak marah balik je,tapi masih
bersabar)

Pelanggan : (terdiam seketika sebab semua pelanggan di cyber cafe
ni pandang kat dia)

Aku : So sekarang ni, You nak bayar ke tak nak ?

Pelanggan : ermm ok,saya bayar RM4.00

Aku : Terima Kasih (sambil ambil duit RM4.00 tu)

Pelanggan : (Dengan Muka skema,dia terus keluar dari cyber cafe)

Aku : (terdiam seketika sambil menggelengkan kepala)

haa,ni la situasi aku tadi tu,nak kata aku tak layan pelanggan tu dengan baik,dari awal aku aku bersabar je,bukannya apa ,aku kerja kat cyber cafe dah masuk 3 tahun,so tahu la macam mana nak layan pelanggan.Tapi hari ni meupakan hari yang paling teruk,ikutkan nak aje aku maki balik,tapi kerana budi bahasa dan tak nak dikatakan kurang ajar,aku senyap je.

So,aku nak tanya pendapat korang tentang situasi ni,rajin-rajin la yer bagi komen

[ad#Nuffnang]

Selamat Hari Raya Aidil Adha

25 Nov

assalamualaikum

Hai semua,ape kahabar,diharapkan sentiasa sihat walafiat di samping blog dan keluarge tersayang.pejam celik,lusa (iaitu Jumaat 27 Oktober 2009 ) semua umat islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha.Alhamdulillah, menjelang lagi Raya Aidil Adha. Selangkah lagi saya ke hadapan. Masih bernafas di muka bumi Allah. Syukur.

Pemandangan Di Makkah

Pemandangan Di Makkah

Bersempena dengan tajuk ni,mari kita berkongsi ape yang saya dapat dari wikipedia.

Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban mempunyai nama-nama popularnya yang lain mengikut tempatnya di serata negara Islam. Sebagai contoh ia digelar Hari Kebesaran atau Hari Raya El-Kibir atau Hari Raya Kebesaran di Morocco, Algeria, Syria, Tunisia, Egypt, Yemen, dan Libya.

Dalam bahasa Berber, ia dinamakan Tfaska Tamoqqart , Tabaski atau Tobaski di Afrika Barat, Babbar Sallah di Nigeria, Ciidwayneey di Somalia and pengguna bahasa Somali yang berada di Kenya mahupun Ethiopia.

Manakala di India dan Pakistan pula, Hari Raya Haji digelar sebagai Hari Raya Bara sama erti dengan Hari Kebesaran juga. Di Kashmir, mereka menggelarkan Hari Raya Haji sebagai Hari Raya Baed manakala kaum Keralit yang berbahasa Malayalam menyebutnya sebagai Waliya Perunnal, keduanya sama maksud dengan Hari Raya Kebesaran.

Kita lihat di Bangladesh pula, Hari Kebesaran ini dikenali sebagai Id-ul-Azha atau Korbani Id. Payah ingin menyebutnya kan? Di Afrika Selatan, ia dikenali pula dengan nama Hari Raya Bakra atau Baqrid seperti di India, dan bagi kaum Hindi, mereka menggelarkannya sebagai baqara yang bermaksud kambing iaitu diambil sempena pesta mengorbankan kambing.

Continue reading

Cara Backup Bookmark Mozilla Firefox

23 Nov

assalamualaikum

Hi semua…

Lama jugak aku tak tulis entry pasal Komputer ni hehehe..ok la pada hari ni aku nak berkongsi cara backup bookmark di Mozilla Firefox.Mesti ramai di antara rakan-rakan yang pernah mengalami situasi komputer jam atau hang dan perlu di format secara tiba-tiba.yang lebih menyedihkan lagi Mozilla korang ada menyimpan pelbagai bookmark link atau web kegemaran.

Dengan berpandukan dengan Mozilla Firefox version 3.5 ni,aku akan tunjukkan cara-cara untuk membuat backup dari bookmark browser mozilla :

backupbookmarkfirefox

Pada menu Bookmarks di browser firefox pilih Organize Bookmarks, setelah itu akan terbuka jendela baru Library. Pilih menu Import and Backup kemudian Export HTML tentukan dimana akan disimpan file HTML yang berisi “backup bookmark” kemudian Save.

Jangan lupa simpan di flash disk atau media lain, jadi apabila kita reinstall komputer ,boleh di Import kembali file backup tersebut. Cara Import file backup bookmark firefox juga sama, hanya pilih Import dan browse file backupnya.

p/s : di harapkan korang mencuba yer cara ni,sebab kita tak tahu bila Komputer kita bermasalah

[ad#Nuffnang]